Diterbitkan pada 14 Julai 2022, 09:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Baling – Seramai 132 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima Geran Khas Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia bernilai RM3000 setiap seorang.

Bantuan yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Haji Omar dan juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim itu berlangsung di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling. Majlis itu turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Adam Abd Ghani dan pengurusan kanan AIM.
Selain Sahabat Usahawan AIM, usahawan Tekun yang terlibat banjir juga menerima geran yang sama. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan olen Klinik Sahabat Ikhtiar di bawah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi