13 Julai 2022, 18:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai individu pemastautin yang mempunyai pendapatan perniagaan agar mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2021 mereka selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Julai 2022 melalui kaedah e- Filing.

Sebagai panduan berkenaan dengan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan yang berikut:

(a) BahasaMelayu:

https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

(b) Bahasa Inggeris:

https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf

Sebagai makluman, penerimaan Borang Nyata Cukai TT 2021 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah sebanyak 166 869, iaitu sejumlah 165 673 diterima melalui kaedah e-Filing dan 1196 diterima menerusi borang kertas (manual) sehingga 31 Mei 2022. Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat menghantar borang dan kenaikan lewat membayar cukai.

Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan HASiL dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pembayar cukai dinasihatkan agar mengisi maklumat yang tepat dan terkini dalam Borang Nyata Cukai mereka bagi membantu HASiL memproses setiap bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan dengan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:

(a)  Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

(b)  HASiL Live Chat; dan

(c)  Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantashttps://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.