13 Julai 2022, 16:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah bahawa kesedaran dan impak keusahawanan sosial melalui ‘3P’, iaitu kepada masyarakat, alam sekitar, dan keuntungan terhadapnya perlu lebih diperluas dałam kalangan masyarakat. Keusahawanan sosial bukan sahaja dapat membantu golongan masyarakat secara keseluruhannya, tetapi lebih khusus kepada wanita lain seperti ibu tunggal.

Oleh itu, kepakaran golongan wanita sangat diperlukan untuk terus mencetuskan lebih banyak idea kreatif dan inovatif bagi membantu menyelesaikan isu seumpama ini melalui pelaksanaan keusahawanan sosial. Kebijaksanaan golongan wanita yang mampu menjalankan perniagaan khususnya dalam keusahawanan sosial ini juga akan dapat terus disokong dan ditonjolkan pada peringkat lebih tinggi.

Baginda menyatakan bahawa peranan wanita dalam pelbagai aspek dan bidang kini wajar dibanggakan kerana terbukti wanita juga mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam konteks wanita sebagai usahawan, kita dapat melihat bahawa peranan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara semakin ketara.

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan menandatangani sijil penghargaan kepada ahli  Jawatankuasa Penganjur yang telah menjayakan program Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-7, WiSE (Women in Search Of Excellence) Edisi ‘Keusahawanan Sosial’ pada 24 Mac 2022.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di bawah kepimpinan Ketua Setiausahanya, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai agensi pelaksana dan dikuasakan oleh Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.