Oleh Ritah Yahaya
9 Julai 2022, 23:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa perubahan pengemukaan bayaran potongan cukai 2% secara pentadbiran oleh syarikat
pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (EPP) mulai Julai 2022 adalah seperti yang berikut:

(a) Syarikat pembayar perlu membuat potongan cukai 2% kepada EPP bagi setiap transaksi potongan secara terkumpul mengikut bulan; dan

(b) Amaun potongan cukai 2% berkenaan hendaklah diremitkan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.
Contoh:

Potongan Cukai 2% Terkumpul  Mengikut Bulan Tarikh Akhir Perlu Diremit               kepada KPHDN
1 – 31 Julai 2022 31 Ogos 2022
1 – 31 Ogos 2022 30 September 2022
1 – 30 September 2022 31 September 2022

(c) Syarikat pembayar dikehendaki mengemukakan Borang CP107D – Pin 2/2022 dalam bentuk PDF dan Lampiran CP107D(2) dalam format Excel secara e-mel mengikut pusat bayaran seperti yang di bawah sebelum pembayaran dibuat. Pengemukaan borang dan lampiran secara e-mel adalah perlu bagi bayaran di kaunter bayaran atau secara pos.

Pusat Bayaran Alamat E-mel
Pusat Bayaran Kuala Lumpur [email protected]
Cawangan Kuching [email protected]
Cawangan Kota Kinabalu [email protected]

Contoh:
Sekiranya e-mel dihantar ke Pusat Bayaran Kuala Lumpur, pembayaran boleh dibuat di Pusat Bayaran Kuala Lumpur sahaja.

(d) Syarikat pembayar hendaklah mengemukakan salinan e-mel penghantaran Borang CP107D – Pin 2/2022 dan Lampiran CP107D(2) semasa membuat bayaran, untuk pengesahan dan semakan oleh pusat bayaran sebelum resit dikeluarkan.

(e) Pastikan bilangan penerima, jumlah potongan cukai 2% dan nombor cek di Borang CP107D – Pin 2/2022 serta Lampiran CP107D(2) adalah sama dan tepat.

(f) Borang CP107D – Pin 2/2022 dan Lampiran CP107D(2) boleh diakses dan dimuat turun dari Portal Rasmi HASiL melalui pautan di bawah:

https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/muat-turun-borangcukai-pegangan/?subKategoriCukaiPegangan=Semua&tahun=Semua

2. Sebelum membuat pengisian Lampiran CP107D(2), syarikat pembayar perlu memastikan penerima mempunyai nombor cukai pendapatan. Sekiranya penerima tidak mempunyai nombor cukai pendapatan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my/.

(3) Kelayakan dalam memastikan EPP itu layak dibuat potongan dalam tahun 2022  adalah berdasarkan nilai ambang RM100 000 penerimaan bayaran (tunai dan bukan tunai) pada tahun sebelumnya (tahun 2021).

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan dengan perkara ini boleh dikemukakan
kepada HASiL melalui:
(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara);
(b) HASiL Live Chat; dan
(c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.