5 Julai 2022, 09:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.
Pada hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensionalĀ  yang meliputi bernilai RM1 bilion untuk dua hari dan dua tender RM500 juta untuk tempoh tujuh hari dan 14 hari. BNM juga akan melaksanakan dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM1 bilion bagi tujuh hari, tender RM600 juta untuk 14 hari, serta dua tender repo berbalik bernilai RM210 juta untuk 92 hari dan RM1.06 bilion untuk 184 hari.

Bank pusat juga akan mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan. Pada pukul 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM52.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM30.9 bilion.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.