4 Julai 2022, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari Rabu ini. MIDF Research menyatakan bahawa hal ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.
“Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada 3.9% pada April, manakala perdagangan luar berkembang dua digit memberikan isyarat positif pemulihan kukuh dalam ekonomi.” Pada Mei lalu, BNM menaikkan 25 mata asas menjadikan OPR kepada 2% daripada paras terendah 1.75% sebelum ini. BNM menyatakan bahawa langkah itu diambil disebabkan kerana peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan. 
Inflasi makanan pada Mei 2022 terus meningkat ke paras baharu 5.2%, tertinggi sejak November 2011 dengan 93% item dalam kumpulan ini merekodkan kenaikan.
Kumpulan makanan merupakan penyumbang utama peningkatan 2.8%  dalam Indeks Harga Pengguna bagi Mei 2022 yang melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga 2022 iaitu 1.9%.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!