3 Julai 2022, 07:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur –  MIDF Research menyatakan bahawa aktiviti ekonomi Malaysia terus berkembang dalam persekitaran tekanan harga yang meningkat. Firma penyelidikan itu  mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 6% berikutan pembukaan semula ekonomi dan tiada lagi sekatan perjalanan yang ketat.
Indeks utama (LI) memberikan petunjuk bahawa momentum pertumbuhan negara bertambah baik dengan penurunan lebih perlahan sebanyak -0.5 peratus tahun ke tahun pada April 2022 (Mac: -1.4 peratus tahun ke tahun). “Penurunan yang lebih perlahan menunjukkan prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat. “Apa yang lebih menarik perhatian ialah keadaan ekonomi semasa di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan Indeks Serentak (IS) berkembang lebih pantas pada +5.3 peratus tahun ke tahun (Mac 2022: +3.1 peratus tahun ke tahun), pengembangan terpantas dalam tempoh 11 bulan.”
MIDF Research menjangkakan pembukaan semula ekonomi dan penyambungan semula operasi perniagaan akan menghasilkan peningkatan berterusan dalam aktiviti ekonomi domestik.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.