1 Julai 2022, 09:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur –  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Kewangan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup.
Beliau menyatakan bahawa tanpa subsidi kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4%.
“Namun, dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8%. “Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup.” Beliau menambah unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos.

Kerajaan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun).
“Subsidi ayam juga membolehkan harga ayam di Malaysia kekal sebagai antara yang terendah di rantau ASEAN.” Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.