Oleh Ritah Yahaya
24 Jun 2022, 15:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama serta usaha memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rangkaian produk mereka. Skim ini menyediakan penyelesaian mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti yang boleh dipercayai dan bergaya di samping rakyat Malaysia masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.

Skim sewa milik tersebut kini ditawarkan kepada penduduk di Lembah Klang dan akan meliputi kawasan lain di Malaysia pada masa depan. Skim ini membolehkan pelanggan membayar secara ansuran untuk produk idaman mereka menerusi pelan ansuran dan mereka dapat pemilikan penuh selepas habis pembayaran ansuran.

KHIND sedar bahawa langkah memudahkan proses pembayaran menerusi ansuran akan membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup mereka dengan menjadikan rangkaian produk mereka mampu milik. Sesungguhnya, KHIND berpegang pada etos untuk membolehkan pelanggan Experience More’dan skim sewa milik ini membolehkan mereka berbuat demikian dengan cara yang tidak membebankan kewangan mereka.

“Usaha ini ternyata menandakan mercu jaya penting bagi kami di KHIND, dengan menawarkan rangkaian produk kami secara mampu milik oleh rakyat Malaysia. Usaha ini juga adalah sebahagian daripada misi kami untuk memudahkan segalanya bagi pengguna produk KHIND, yang menjadi tumpuan segala yang kami lakukan.

Kami ingin memberikan nilai terbaik untuk wang kepada pelanggan kami, tanpa menjejaskan kualiti, sambil mengikuti trend semasa. Dalam hal ini, kami berbangga dengan kisah kejayaan kami sebagai sebuah syarikat Malaysia yang memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia sejak turun-temurun,” kata Adil Jimmy Mistry, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad.

Produk yang paling mendapat sambutan ialah mesin basuh dan pengering KHIND, yang menjanjikan pengalaman mencuci baju yang menyenangkan dengan pelan ansuran sewa milik selama 36 bulan (RM99.00 sebulan), 24 bulan (RM139.00 sebulan) dan 12 bulan (RM259.00 sebulan), termasuklah penghantaran percuma, pemasangan dan tempoh percubaan 30 hari.  Selepas tempoh pembayaran ansuran dipilih, pelanggan akan memiliki mesin basuh tersebut sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Perkara yang lebih menarik ialah pelanggan yang mendaftar untuk pelan 36 bulan sebelum 30 Jun 2022 hanya perlu membayar sebanyak RM1.00 untuk bulan pertama, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM99.00 diteruskan mulai bulan kedua.

Bagi memastikan mesin beroperasi dengan kecekapan optimum, KHIND juga menawarkan pelan penjagaan tahunan percuma (bernilai RM400.00 setiap servis) sepanjang tempoh pembayaran, tanpa mengira pelan yang dipilih.  Perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang kos tambahan, termasuklah pengarasan, pembersihan dan pembasmian kuman (tumbler) mesin, dan pembersihan pelbagai komponen termasuk injap salur masuk, penapis pam saliran keluar dan laci sabun pencuci.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.