Diterbitkan pada 16 Jun 2022, 07:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Washington – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah  meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.75% sebagai langkah agresif untuk melawan inflasi yang melambung tinggi di negara itu. Situasi itu merupakan peningkatan kadar faedah tertinggi sejak tahun 1994 dan dijangka memberikan kesan kepada berjuta perniagaan dan isi rumah di Amerika dengan peningkatan kos pinjaman bagi perumahan, kenderaan dan pinjaman lain.

Hal ini bermakna kadar faedah negara itu kini berada pada sekitar 1.5% hingga 1.75% bagi pinjaman pengguna dan perniagaan. Penganalisis sebelum ini memberikan pandangan bercampur-campur tentang kenaikan kadar faedah antaranya jangkaan peningkatan sebanyak 0.50 mata asas. Namun angka inflasi pada kadar sebanyak 8.6% yang dikeluarkan Jumaat memberikan suntikan baharu kepada Rizab Persekutuan AS untuk meningkatkan kepada kadar faedah lebih agresif.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell menyifatkan peningkatan yang diumumkan itu merupakan angka yang luar biasa tinggi. Serentak itu, pasaran AS menyaksikan rali dengan indeks Dow Jones meningkat lebih 500 mata selepas pelabur melihat pengumuman Rizab Persekutuan AS  itu ialah langkah untuk mengurangkan inflasi tinggi negara itu.
Rakyat Amerika kini berdepan tekanan kos sara hidup yang tinggi termasuk harga barangan asas dan minyak di pam dan Rizab Persekutuan AS mempunyai mandat untuk menstabilkan harga.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi