14 Jun 2022, 10:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bank Dunia  mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada 5.5%. Pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh pemulihan kukuh dalam permintaan penggunaan. Menurut bank yang berpangkalan di Washington itu, pertumbuhan penggunaan swasta Malaysia dijangka mencecah 8.5% tahun ini.
Pemulihan yang kukuh dalam perbelanjaan isi rumah berasaskan kepada kebimbangan kesihatan awam yang semakin berkurang terhadap beban kes COVID-19, sokongan dasar yang berterusan dan penambahbaikan secara beransur-ansur kepada prospek pekerjaan dan pendapatan. Bank Dunia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada 4.5% pada tahun 2023 dan 4.4% pada tahun 2024.
Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6% pada tahun 2020 tetapi berdasarkan mandat vaksinasi yang dipercepatkan dan pengurangan halangan mobiliti maka kadar itu meningkat pada 3.1% pada tahun lepas. Pemulihan ekonomi negara berterusan tahun ini tumbuh sebanyak 5% pada suku pertama 2022.
Sebahagian besar daripada pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan dalam negeri berikutan penyambungan semula kebanyakan aktiviti ekonomi apabila langkah-langkah sekatan berkaitan pandemik terus dilonggarkan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.