8 Jun 2022, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan normal secara beransur-ansur kepada 2.25%  menjelang akhir tahun sejajar dengan kadar pemulihan ekonomi disebabkan oleh risiko inflasi sekunder kekal terhad pada masa ini.
Agensi penarafan itu menyatakan bahawa walaupun inflasi semakin meluas tetapi tahap kenaikan harga pada masa ini kurang teruk berbanding yang dilihat dalam episod kenaikan inflasi sebelum ini. Pada masa yang sama, kesan kenaikan harga pusingan kedua atau kenaikan gaji mewujudkan kenaikan harga tidak serta-merta jelas kerana keadaan pasaran buruh masih belum pulih sepenuhnya. 
Namun begitu, agensi itu menyatakan bahawa kenaikan harga makanan  membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 20% daripada perbelanjaan kebanyakan isi rumah Malaysia disalurkan kepada makanan. Tambahan pula, kesan kenaikan kos keperluan yang tidak seimbang dirasai oleh segmen ekonomi yang lebih terpinggir.
Selain itu, kos fiskal untuk menguruskan subsidi dan mengurangkan tekanan harga agak besar dan hasil berkaitan minyak dan gas yang lebih tinggi tidak akan mencukupi untuk mengimbangi sepenuhnya tekanan fiskal, sekali gus memerlukan penjajaran semula atau menggabungkan pelbagai item perbelanjaan mengurus.
Inflasi dijangka meningkat pada tahun 2022 kerana kesan gangguan rantaian bekalan global yang berterusan menjejaskan harga pengguna di Malaysia. Sementara itu, harga komoditi mentah dan produk yang berkaitannya telah meningkat dengan ketara.
Memandangkan sifat tekanan harga semasa, normalisasi jangka pendek keadaan inflasi  tidak dijangka.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.