4 Jun 2022, 08:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) komited sepenuhnya kepada pematuhan berkaitan dengan isu buruh dan berusaha menjadi antara industri pertama di rantau ini menjadikan pematuhan sosial sebagai ciri-ciri jualan uniknya.
Presiden MARGMA, Dr Supramaniam Shamugan menyatakan bahawa persatuan itu telah menerajui usaha tersebut sejak tahun 2018 apabila mendukung dasar sifar hutang. Keadaan itu juga memulakan langkah pemulihan yang dijalankan oleh setiap ahlinya bagi memisahkan mereka daripada stigma buruh paksa yang menggunakan 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan buruh paksa sebagai prinsip panduan.
“Industri ini sememangnya sedang bergerak menuju ke arah hala tuju yang betul dan sudah pastinya akan menjadi industri model untuk dicontohi dalam tadbir urus tenaga kerja yang saksama.” Beliau menambah bahawa MARGMA berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS). Oleh itu, MARGMA telah bertemu dengan CBP untuk mengadakan perbincangan pada baru-baru ini.
Beliau menyatakan bahawa MARGMA telah membentuk unit alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta pasukan petugas khas untuk mendidik ahli-ahli dan pekerja mereka mengenai 11 petunjuk ILO berkaitan buruh paksa. “Usaha aktif ini dilakukan menerusi perkongsian dengan ILO, Amerika Syarikat, United Kingdom, kedutaan/suruhanjaya tinggi Kesatuan Eropah di Malaysia.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.