4 Jun 2022, 07:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – AmInvestment Bank Bhd menyatakan bahawa harga kereta di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 1% hingga 3% sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula dan  kesan yang berbeza berbanding impak daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada tahun 2018.
Penganalisis, Alex Goh menyatakan sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dan media juga dijangka terkesan manakala sektor hartanah akan terdedah kepada permintaan lemah akibat daripada harga produk yang mahal ketika peningkatan kebimbangan kemampuan pembeli. “REITs juga boleh mengalami trafik pengunjung dan pertumbuhan jualan penyewa yang perlahan berikutan pengurangan perbelanjaan pengguna, manakala sektor media mungkin terkesan akibat daripada jumlah pelanggan dan perbelanjaan pengiklanan yang berkurangan.” 
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa kebanyakan sektor seperti bank, minyak dan gas, telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi dijangka tidak terkesan daripada pelaksanaan GST. “Pengeluar makanan penting seperti Nestle mungkin mendapat manfaat daripada bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan kumpulan pendapatan pertengahan M40.” Beliau juga menjangka pelaksanaan semula GST akan membawa impak sifar kepada kebanyakan konstituen petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI. Oleh itu, beliau mengekalkan sasaran akhir tahun 2022 FBM KLCI pada 1745.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.