Oleh Ritah Yahaya
1 Jun 2022, 14:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –Kerajaan melalui Bajet 2022 mengumumkan berkenaan pemberian Bantuan Khas kepada lebih 20 000 orang pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk tempoh tiga bulan dengan peruntukan sebanyak RM85 juta. Peruntukan ini, termasuklah bantuan kepada Syarikat TOBTAB dan MM2H yang berlesen di bawah MOTAC.

Bantuan Kewangan Tahun 2022 ini merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Diharap inisiatif ini dapat membantu Syarikat TOBTAB dan MM2H untuk terus berdaya saing, seterusnya dapat membantu memulihkan semula sektor pelancongan negara.

Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 15 Mac 2022 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Tempoh yang diambil bagi proses pelaksanaan penyaluran bantuan kewangan ini bergantung pada kesempurnaan maklumat dan data yang diperoleh daripada syarikat TOBTAB dan MM2H. Oleh hal yang demikian, ketepatan maklumat adalah sangat penting bagi memudahkan dan melicinkan proses ini.

Butiran yang tepat perlu diberi kepada pihak Kementerian bagi memastikan penyaluran dapat dibuat dengan teratur. Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat ini akan dilaksanakan oleh Pejabat MOTAC Negeri. Sila hubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.