Oleh Ritah Yahaya
31 Mei 2022, 17:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Sebanyak 7100 orang pemandu pelancong berlesen di bawah Kementerian Seni Pelancongan dan Budaya (MOTAC) menerima bayaran bantuan sebanyak RM1500.00. Pemandu pelancong yang menerima bayaran ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh bayaran adalah dari bulan Mac 2022 hingga Jun 2022.

Pemandu Pelancong Berlesen yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menerima bayaran bantuan RM1,500.00 di bawah inisiatif Bajet 2022 tetapi belum menerima bantuan adalah dimohon untuk melengkapkan borang berserta dokumen di pautan https://forms.gle/ULD46kmgxRDsyV7s7.

Pemandu Pelancong yang telah menerima bayaran bantuan ini TIDAK PERLU mengisi borang ini. Permohonan ini dibuka hingga 31 Mac 2022 dan jika terdapat pertanyaan sila hantar ke [email protected].

Syarat Kelayakan

  1. Hanya Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  2. Pemohon hendaklah memiliki lesen Pemandu Pelancong Bandar/ Pemandu Pelancong Alam Semula jadi Setempat/ Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak atau Sabah (RSTG) yang masih sah berkuat kuasa dengan MOTAC.
  3. Penerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021 akan terus layak menerima bantuan ini. Bantuan ini juga di panjangkan kepada pemegang lesen Pemandu Pelancong yang masih sah laku pada 31 Oktober 2021 layak menerima bantuan kewangan ini.
  4. Lesen Pemandu Pelancong yang telah tamat tempoh sah laku sebelum atau pada 1 November 2021 dan tidak mengemukakan pembaharuan lesen pemandu pelancong berserta dengan bayaran fi proses sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  5. Pemberian bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada individu yang layak sahaja. Proses bayaran peringkat pertama sebanyak RM1,000.00 bermula pada bulan Februari 2022 dan baki bayaran RM500.00 akan dilaksanakan pada bulan Mei 2022.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.