Oleh Ritah Yahaya
27 Mei 2022, 15:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Laporan media melalui portal berita TheStar menyiarkan berita bertajuk “Ball clay export boom but shipment failed” pada 9 Mei 2022 dirujuk. Berita tersebut melaporkan terdapat lebih kurang 110 000 tan lempung bebola (ball clay) dengan nilai eksport berjumlah RM10 juta tidak dapat dieksport berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan Permit Eksport (AP) dan peningkatan kos penghantaran akibat konflik Rusia–Ukraine.

YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli,  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)  memandang serius isu yang dibangkitkan dan membuat semakan lanjut bersama Jabatan Mineral dan Geosains bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Hasil semakan mendapati tempoh 11 bulan yang dinyatakan dalam laporan media tersebut adalah meliputi pelbagai proses dan kelulusan yang melibatkan pelbagai agensi pada peringkat Negeri dan Persekutuan. Hal ini bukanlah merujuk kepada proses pengeluaran Lesen Eksport (AP) oleh KeTSA seperti
didakwa.

Rekod juga mendapati pihak yang mengemukakan laporan tersebut tidak memohon AP pada tahun 2021. Selain itu, jumlah stokpil lempung bebola yang disimpan di Pelabuhan Pulau Pinang pula adalah sebanyak 6000 tan metrik dan bukannya 110 000 tan metrik seperti mana yang dilaporkan.

Sehubungan dengan  itu, KeTSA ingin menasihatkan pihak-pihak yang mempunyai sebarang masalah mengenai permohonan AP bagi mineral dan bahan batuan agar berurusan terus dengan KeTSA atau Jabatan Mineral dan Geosains Negeri untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan bantuan segera.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.