Oleh Ritah Yahaya
27 Mei 2022, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hangzhou, China – Alibaba atau Kumpulan Alibaba mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku dan tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2022. Pengguna aktif tahunan Kumpulan Alibaba di seluruh dunia mencapai kira-kira 1.31 bilion bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada 31 Mac 2022, meningkat sebanyak 28.3 juta daripada 12 bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021. Jumlah ini, termasuklah lebih daripada 1 bilion pengguna di China, dan 305 juta orang pengguna di luar negara, mewakili peningkatan bersih pada suku tahunan sebanyak kira-kira 24.6 juta orang pengguna di China dan 3.7 juta orang pengguna di luar negara. Manakala, peningkatan bersih tahunan sebanyak 113 juta orang pengguna di China dan 64 juta orang pengguna di luar negara.

“Alibaba mencapai matlamat untuk memberikan perkhidmatan kepada satu bilion pengguna aktif tahunan di China pada suku tahun dan berjaya mencapai rekod RMB 8317 bilion dalam GMV global untuk tahun fiskal. Di sebalik cabaran besar yang memberikan kesan kepada rantaian bekalan dan sentimen pengguna, kami terus memfokuskan cadangan nilai pelanggan dan membina keupayaan untuk menyampaikan nilai. Kami melihat kemajuan yang ketara merentasi perniagaan kami, terutamanya dalam penambahbaikan operasi dalam bidang strategik utama,” kata Daniel Zhang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba.

“Melihat ke hadapan, kita akan terus melaksanakan strategi pertumbuhan pelbagai jentera kami dengan mengukuhkan infrastruktur digital kami dan memfokuskan pertumbuhan berkualiti bagi mencipta nilai jangka panjang untuk pelanggan, pemegang saham dan pihak lain yang berkepentingan di seluruh ekosistem kami.”

“Kami memberikan keputusan yang sihat pada suku tahun ini dengan pertumbuhan hasil sebanyak 9% dari tahun ke tahun. Jumlah hasil bagi tahun fiskal meningkat sebanyak 19% dari tahun ke tahun walaupun persekitaran makro yang mencabar kami. Pelaburan berterusan dalam inisiatif strategik menjanakan momentum pertumbuhan yang menjanjikan dan kecekapan operasi yang lebih baik,” kata Toby Xu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Alibaba.

Beliau menambah, “Menjelang tahun fiskal 2023, kami akan menumpukan penjanaan hasil yang mampan dan berkualiti tinggi, pertumbuhan dan mengoptimumkan struktur kos operasi kami untuk meningkatkan pulangan keseluruhan

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.