27 Mei 2022, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Dapatan tinjauan HSBC Bank Malaysia Bhd yang meliputi enam ekonomi terbesar di dunia mendapati bahawa syarikat asing terus yakin dalam menjalankan perniagaan di Malaysia. Lebih daripada 1500 syarikat dari China, India, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan United Kingdom telah mengambil bahagian dalam kaji selidik yang bertajuk HSBC Navigator: Sea in Focus.
HSBC menyatakan bahawa syarikat yang berpusat di China, India dan AS mahu memperluaskan operasi mereka di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Perkembangan terbaharu ini berlaku dalam persekitaran pemulihan ekonomi apabila negara menerima kesan daripada tahun ketiga pandemik global.” Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang menarik kepada ekonomi terbesar di dunia.
Menurut kaji selidik itu, China menunjukkan minat mendalam dalam pasaran Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. “Antara enam pasaran ‘inbound’ dalam kajian tersebut, syarikat dari China berkemungkinan besar merancang untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka di Malaysia. “Keadaan ini selaras dengan hubungan perdagangan China dan Malaysia kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia selama 12 tahun berturut -turut.”
Selain itu, hampir tiga dalam 10 (29%) syarikat dari India dan hampir satu daripada empat (24%) syarikat dari AS memberi keutamaan kepada pertumbuhan di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang. Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk pelaburan asing dalam masa terdekat kerana hampir dua dalam 10 (19%) syarikat merancang untuk berkembang di Malaysia dalam temph dua tahun akan datang dengan tumpuan khusus dari firma India (25%) dan syarikat dari China (22%).
Menurut HSBC Malaysia, syarikat asing tertarik kepada Malaysia disebabkan oleh pandangan ekonomi yang optimis dan merebut peluang disediakan pasaran Malaysia untuk membangun, menguji produk dan penyelesaian baharu. Secara purata, responden juga memberitahu bahawa kemudahan rantaian bekalan (30%), ketahanan ekonomi yang terbukti sebagai tindak balas kepada pandemik (31%) dan ekonomi digital yang semakin meningkat (31%) sebagai alasan yang menarik untuk pengembangan perniagaan di Malaysia.
Laporan itu mengukur sentimen syarikat untuk menjalankan perniagaan di rantau Asia Tenggara dan setiap negara denganĀ  memberi tumpuan khusus kepada perdagangan, pendigitan dan kemampanan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.