Diterbitkan pada 27 Mei 2022, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Datuk Azmir Merican memaklumkan bahawa Sime Darby Property Berhad optimis mampu mencapai sasaran jualan RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2022.

Beliau menjelaskan sasaran itu dipacu dengan kemampuan jualan, strategi baharu dan kadar faedah rendah dalam pasaran. Tambah beliau, Sime Darby Property  berjaya mencapai hasil jualan RM900 juta dalam suku pertama tahun kewangan 2022 yang dapat memberikan indikasi produk yang kompetitif dalam pasaran. “Kita akan terus mencatatkan prestasi yang baik kerana kami melihat jualan tidak dibilkan melebihi hasil pembangunan hartanah sejak suku ketiga tahun kewangan 2021, sambil menjangkakan kadar pengambilan yang menggalakkan berterusan dari tahun kewangan 2021 hingga tahun ini.”

Sime Darby Property dijangka melancarkan 3976 unit bernilai RM2.8 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) bagi tahun kewangan semasa. Projek pembangunan itu terdiri daripada 82% unit tanah kediaman dan bertingkat tinggi dan 16% unit perindustrian.
Kumpulan itu turut melancarkan produk bernilai RM383.5 juta pada suku pertama dengan rancangan untuk melancarkan 1007 unit dengan GDV RM803.4 juta pada suku kedua.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi