26 Mei 2022, 08:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 26 Mei 2022 hingga 1 Jun 2022. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Kenyataan itu menyatakan bahawa kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran. Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.