25 Mei 2022, 08:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Starbucks Corporation mengambil keputusan menghentikan operasinya di seluruh Rusia setelah hampir 15 tahun beroperasi di negara itu.
Keputusan Starbucks itu seiring keputusan syarikat gergasi barat lain seperti McDonald’s Corporation untuk menghentikan operasi di negara itu.
Starbucks yang diasaskan di Seattle, Amerika Syarikat mempunyai 130 rangkaian cawangan di seluruh Rusia. Pengurusannya dilesenkan kepada Alshaya Group yang  mempunyai hampir 2000 orang pekerja. Keputusan Starbucks untuk menutup semua operasi perniagaannya di Rusia itu dianggap sebagai langkah berbeza jika dibandingkan dengan langkah diambil beberapa syarikat asing lain.

Pada minggu lepas, McDonald’s memaklumkan berkenaan penjualan restorannya di Rusia kepada pemegang lesen tempatan, Alexander Govor. Penjualan ini akan dipasarkan atas nama baharu tetapi cap daganganya dikekalkan. Renault  pula sedang menjual sebahagian besar pegangannya dalam syarikat pembuat kenderaan terbesar di Rusia.
Tindakan ini juga membolehkan Renault untuk membeli balik saham tersebut. Beberapa syarikat barat termasuk Imperial Brands dan Shell sedang memutuskan hubungan dengan pasaran Rusia dengan bersetuju untuk menjual asset-aset mereka atau menukarkan pengurusan kepada pengurusan tempatan.
Pada Mac lalu, Starbucks telah menutup cawangannya dan menghentikan segala aktiviti perniagaannya di Rusia termasuk penghantaran produknya ke negara tersebut. Keputusan ini dibuat susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Starbucks yang telah beroperasi di Russia sejak tahun 2007 akan meneruskan sokongannya terhadap pekerja mereka di negara tersebut dengan pembayaran gaji selama enam bulan.
Starbucks tidak memaparkan sebarang butir tentang impak kewangan susulan tidakan penutupan tersebut. McDonald’s pula akan mengutamakan pengambilan caj bukan-tunai yang bernilai sehingga AS$1.4 bilion.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.