25 Mei 2022, 08:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Moody’s Analytics melaporkan bahawa Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana pengeluaran domestiknya.  Laporan itu menekankan bahawa Malaysia, Colombia, Indonesia dan Arab Saudi antara beberapa ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi.
Pakar ekonomi kanan, Jesse Rogers dalam analisis bertajuk “Emerging Market View: The Growth Recession” menyatakan bahawa negara tersebut mendapat kelebihan kerana mempunyai komoditi yang bernilai tinggi pada ketika ini iaitu minyak mentah dan minyak sawit. Beliau menambah bahawa bank pusat dunia kini sedang berusaha untuk membendung kenaikan kadar inflasi. 
Beliau juga menambah bahawa kaji selidik bank pusat turut menunjukkan jangkaan inflasi masih meningkat dan boleh mencetuskan masalah jika pengguna mula memfaktorkan kenaikan harga ke dalam permintaan untuk gaji yang lebih tinggi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.