24 Mei 2022, 08:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Georgetown – Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT) merupakan tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan bahawa 25 Startups akan menarik pelbagai syarikat permulaan tempatan dan asingĀ  khususnya dalam Blockchain dan loTĀ  untuk menguji potensi pasaran mereka dalam industri teknologi Malaysia dan membangunkan produk mereka di Pulau Pinang.
Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur mempunyai industri pembuatan yang kukuh dengan pengalaman selama 50 tahun menempatkan lebih 350 syarikat multinasional dan lebih 3000 perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan, dan menarik jutaan pelancong setiap tahun. Oleh itu, syarikat permulaan teknologi boleh memanfaatkan rantaian bekalan syarikat gergasi teknologi dan syarikat perindustrian ini untuk menyelesaikan masalah dan isu dunia sebenar.
Pengerusi Karuna Khoshee Venture Capital Sdn Bhd, Datin Ros Suryati Alang menyatakan bahawa selain menggalakkan syarikat permulaan dalam Blockchain dan IoT, 25 Startups turut menumpukan usahanya untuk mentransformasikan inovasi syarikat permulaan tersebut kepada model perniagaan yang mencatatkan keuntungan yang boleh dikomersialkan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.