20 Mei 2022, 08:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Pemansuhan permit import (AP) makanan mampu mengurangkan kos makanan ke tahap tertentu. Namun menurut Pengarah Unit Ekonomi dan Bisnes, IDEAS, Juita Mohamad, kaedah itu bukanlah satu-satunya cara memerangi krisis kenaikan harga barang untuk tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
“Bukan sahaja Malaysia, banyak negara mengambil langkah mengekang kenaikan harga barang dan makanan seperti pemberian subsidi. “Subsidi dan tindakan pengawalan harga barang oleh kerajaan memerlukan peruntukan yang besar.“Pelaksanaan kawalan harga melalui subsidi adalah sesuatu yang tidak mampan untuk jangka masa panjang lantaran ia memerlukan kos yang tinggi.” 
Beliau berpandangan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) harus menyediakan garis panduan yang jelas berkait penghapusan AP itu. Hal ini bagi memastikan harga barangan makanan berada pada paras yang kompetatif selain tidak membebankan pengguna serta pengeluar produk tempatan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.