20 Mei 2022, 08:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75% pada tahun 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Situasi itu sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3% dan 6.3% bagi tahun 2022. Ekonomi berkembang 3.1% tahun lepas.

Dalam memberikan penilaian terhadap prospek pertumbuhan Malaysia, IMF menyatakan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini dan sekatan pergerakan yang terhad juga akan menyokong pengembangan ekonomi. Namun begitu, agensi yang berpangkalan di Washington itu mengakui bahawa terdapat risiko penurunan yang besar termasuk daripada pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine, kesukaran serupa yang dihadapi oleh kedua-dua negara maju dan membangun di seluruh dunia. “Pertumbuhan Malaysia diunjurkan kukuh dalam jangka sederhana walaupun risiko kesan ekonomi jangka panjang adalah nyata.” 

IMF turut mengalu-alukan pendirian dasar monetari Malaysia yang akomodatif kerana jangkaan inflasi diterajui dengan baik. Justeru, IMF maklum dengan komitmen Malaysia terhadap fleksibiliti kadar pertukaran sambil menyatakan ia akan terus membantu negara dengan baik. Situasi ini diperkukuh lagi minggu lepas apabila Bank Negara Malaysia mengesahkan kedudukannya bahawa ia tidak akan menambat ringgit walaupun mata wang itu lemah. Hal ini kerana sektor perbankan masih mempunyai permodalan yang baik dan sangat cair, disokong oleh kualiti aset yang kukuh.
IMF juga menyatakan  bahawa sektor kewangan Malaysia “kekal berdaya tahan,” dan  digalakkan oleh pembaharuan sektor kewangan yang tertumpu pada keterangkuman, transformasi ekonomi dan ekonomi yang mampan. IMF turut memuji pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 keranamemberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti buruh/guna tenaga, meningkatkan ekonomi digital dan hijau serta mengukuhkan tadbir urus fiskal.
IMF turut mengambil kira penilaian yang kedudukan luar Malaysia adalah sederhana lebih kukuh daripada yang dibenarkan oleh asas ekonomi dan dasar yang diingini.
IMF juga menyarankan dasar untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk menyokong pemulihan inklusif dan memudahkan pengimbangan semula luaran yang telah dilakukan Malaysia melalui peruntukan berkaitan COVID yang mencecah berbilion ringgit.
Melihat kembali pada tahun 2021, IMF menyatakan bahawa tindak balas dasar pandemik yang pantas, besar dan pelbagai serampang menyokong ekonomi. Jumlah perbelanjaan belanjawan/peruntukan berkaitan COVID bernilai sehingga RM39 bilion (kira-kira 2.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2021, lebih dua kali ganda daripada belanjawan awal RM17 bilion, dan melebihi RM38 bilion yang dibelanjakan pada tahun 2020.
Sehubungan itu, defisit kerajaan persekutuan mencapai kira-kira 6.5% daripada KDNK pada 2021, lebih tinggi daripada kira-kira 5.5 defisit yang diramalkan dalam Bajet 2021.
Hutang kerajaan persekutuan dianggarkan pada 63% daripada KDNK di bawah siling hutang domestik sebanyak 65%.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.