20 Mei 2022, 07:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Putrajaya – Produktiviti buruh Malaysia yang digambarkan sebagai nilai tambah per pekerja meningkat 2.7% pada suku pertama 2022 dengan merekodkan RM23 129 seorang berbanding RM22 500 seorang pada suku yang sama tahun lepas.
“Pekerja yang merekodkan 15.6 juta orang, naik 2.2 peratus. ” Situasi ini berikutan pelonggaran sekatan prosedur operasi standard yang membenarkan majlis berskala besar dan perhimpunan sosial, serta perniagaan yang beroperasi pada kapasiti penuh apabila negara telah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
“Situasi ini telah menyebabkan peningkatan yang menggalakkan dalam pasaran buruh pada suku tersebut,” jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin  berikutan pengumuman laporan prestasi produktiviti buruh suku tahun pertama 2022.
Mengulas mengenai prestasi produktiviti buruh yang diukur mengikut nilai ditambah
per jam bekerja, beliau menyatakan bahawa jumlah jam bekerja tertinggi dicatatkan pada suku ini dengan 4.6% yang merekodkan 8.9 bilion jam apabila waktu operasi perniagaan adalah lebih panjang pada suku ini.
“Dari sudut sektor ekonomi, tiga sektor mencatatkan pertumbuhan positif berdasarkan produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per pekerja pada suku tersebut iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.” Beliau menyatakan bahawa  indikator penunjuk ekonomi menunjukkan petunjuk lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.