Oleh Ritah Yahaya
19 Mei 2022, 10:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Alibaba Group (Alibaba) hari ini mengumumkan penganjuran semula Program Latihan LiveNOW (LiveNOW Programme)nya, iaitu inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dikhususkan untuk masyarakat Malaysia. Sebagai lanjutan program LiveNOW sulung yang diadakan pada tahun 2020, edisi 2022 akan dimodelkan semula untuk peningkatan kemahiran dan kemahiran semula lebih banyak rakyat Malaysia, termasuk kumpulan B40 dan komuniti lain yang kurang mendapat perhatian, serta membantu mereka untuk meraih potensi peluang dalam dunia e-niaga interaktif.

Jess Lew, Pengurus Negara Tmall Taobao World Malaysia, mengumumkan kembalinya Program Latihan Alibaba LiveNOW di webinar  yang diadakan pada hari ini.
(Dari kiri ke kanan) Nikki Wong (Strim langsung KOL,   penghibur LiveNOW 2020), Jerry Hang (Pengasas MODEN KOL Akademi) dan Ooi Wei Ying (Pakar Pemasaran Bersepadu, Tmall Taobao World Malaysia) membincangkan peluang yang timbul daripada e-dagang interaktif pada webinar pelancaran Alibaba LiveNOW Program Latihan  yang dikendalikan oleh Baki Zainal.

Direka bentuk untuk individu yang berminat dalam meneroka kerjaya sebagai penstriman langsung KOL (pemimpin pendapat utama) atau pembikin video dalam talian, LiveNOW 2022 juga relevan kepada pemilik perniagaan, terutamanya usahawan mikro, yang cenderung untuk mengehoskan penstriman langsung mereka atau menghasilkan video e-niaga mereka untuk meningkatkan penglibatan pengguna.

Ditaja sepenuhnya oleh Alibaba, latihan ini akan dikendalikan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu (BM), bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Mandarin. Latihan dalam BM adalah pada 2 Julai 2022; latihan dalam BI adalah pada 25 Jun 2022 dan latihan dalam bahasa Mandarin adalah pada 9 Julai 2022. Semua sesi latihan akan diadakan secara dalam talian untuk menampung penyertaan meluas peserta di seluruh negara.

“Peningkatan mobilefirst membawa maksud bahawa format penglibatan pengguna seperti penstriman langsung dan video dalam talian semakin berjalin dengan perniagaan,” jelas Jess Lew, Pengurus Negara, Tmall Taobao World Malaysia, unit perniagaan Alibaba yang menyokong program LiveNOW.

Beliau menambah, “Didorong oleh maklum balas positif yang kami terima pada tahun 2020, kami berasa teruja untuk menganjurkan semula program CSR LiveNOW kami pada tahun ini untuk membuka ruang kepada potensi peluang dalam e-niaga interaktif yang lebih meluas kepada rakyat Malaysia, sebagai sebahagian daripada komitmen Alibaba bagi membolehkan pengaksesan ekonomi digital untuk semua.”

Di samping modul asal mengenai penstriman langsung KOL yang dibawakan oleh LiveNOW 2020, latihan pada tahun ini akan dipertingkat yang merangkumi komponen pembikinan video dalam talian memandangkan penggunaan video pendek yang semakin meningkat sebagai kaedah pemasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Para peserta akan memperoleh peluang untuk menimba ilmu daripada penceramah undangan pakar, termasuklah wakil-wakil dari Taobao Malaysia dan Lazada Malaysia, selain para KOL yang akan berkongsi pengalaman langsung dan pelbagai input mereka.

Meneruskan Latihan LiveNOW sulung, yang berjaya menginkubasikan 200 KOL penstriman langsung, Program pada tahun ini menetapkan sasaran untuk melatih hingga 300 orang peserta melalui kolaborasi dengan MODEN KOL Academy selain sokongan daripada Human Resource Development Corporation (HRD Corp), MYNIC Berhad, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dan, Perbadanan Pembangunan BeliaPulau Pinang (PYDC).

Jerry Hang, Pengasas MODEN KOL Academy, berkata: “Pada tahun ini, di samping kemahiran penstriman langsung, peserta akan turut mempelajari erti sebenar menjadi seorang KOL tulen dan perbezaan keadaannya daripada menjadi seorang pempengaruh semasa program sehari penuh kami. Selain itu, memandangkan para pengguna hari ini menuntut lebih banyak kandungan video dan kajian yang menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka adalah lebih berkeyakinan untuk membeli sesuatu produk selepas menonton video, kami akan memasukkan latihan dalam pembikinan video e-niaga untuk membina pengetahuan asas para peserta dalam bidang ini.”

Program pada tahun ini juga telah dioptimumkan untuk mencipta lebih banyak peluang pascalatihan kepada para peserta untuk menukarkan pembelajaran yang telah diperoleh mereka dalam bentuk amali. Mereka yang telah melengkapkan latihan dialu-alukan untuk menyertai Komuniti LazTalent, iaitu kumpulan KOL penstriman langsung akar umbi Lazada.

Di samping itu, mereka juga boleh menyertai Lazada sebagai penjual di Lazada Marketplace dan menikmati manfaat serta sokongan secara langsung di bawah ‘”Hari-Harimau New Seller Kickstarter Package” oleh Lazada Malaysia. Mereka juga akan menerima sijil digital rasmi untuk mengiktiraf penyertaan mereka.

Pendaftaran dalam talian bagi Program Latihan LiveNOW 2022 (https://bit.ly/livenow2022) kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. “Siapa cepat, dia dapat!”

Untuk maklumat lanjut tentang kandungan Latihan, ulang siar bagi pengenalan webinar yang diadakan pada hari ini tersedia di saluran YouTube TV3 – https://www.youtube.com/watch?v=MUUNs0KA7YM

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.