Oleh Ritah Yahaya
13 Mei 2022, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  mengumumkan kebenaran tambahan kepada tiga buah Syarikat Kredit Komuniti (KK) yang merupakan pemegang lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada untuk menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian seperti yang berikut:

i. JCL CREDIT LEASING SDN. BHD (NO. LESEN: WL3960)
Aras bawah dan Aras 1, Wisma BH
No. 361, Jalan Pudu
55100 KUALA LUMPUR
https://jcl.my/

ii. SEAMONEY CAPITAL MALAYSIA SDN. BHD (NO. LESEN: WL7728)
Aras 26, Menara Southpoint, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 KUALA LUMPUR
http://scredit.com.my/

iii. MELATI PANORAMA SDN.BHD (NO. LESEN: WL7349)
51-7, The Boulevard, Mid Valley City
59200 KUALA LUMPUR
https://www.mpsbcredit.com

Usaha ini merupakan inisiatif berterusan KPKT bagi memastikan perlindungan kepada peminjam serta Syarikat Kredit Komuniti melalui kaedah pemberian pinjaman secara dalam talian yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi segala peruntukan yang ditetapkan sepertimana dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400], Peraturan- Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 serta Akta lain yang berkaitan.

Mana-mana Syarikat Kredit Komuniti selain yang dinyatakan seperti di Lampiran A adalah tidak dibenarkan menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian. Jika didapati bersalah, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 400.

Senarai syarikat Kredit Komuniti yang diberikan kelulusan untuk menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web www.kpkt.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian 03-8891 4667/4662/4695/4694/4682/4683 atau mengemukakan pertanyaan melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT di pautan aduan.kpkt.gov.my untuk tindakan sewajarnya.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!