13 Mei 2022, 08:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd melonjak kepada RM91.32 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, daripada RM55.63 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Syarikat itu melaporkan pendapatan yang lebih tinggi bagi suku tersebut adalah disebabkan terutamanya oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi, perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah dan sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat usaha samanya.
Hasil bagi suku tersebut juga meningkat kepada RM1.78 bilion daripada RM1.15 bilion, sejajar dengan purata harga jualan gas asli yang lebih tinggi yang mengurangkan jumlah penjualan gas asli yang lebih rendah pada suku semasa. “Peningkatan seterusnya dalam hasil juga disebabkan tempahan kapasiti yang lebih tinggi oleh penghantar bagi penggunaan sistem pengedaran gas asli pada suku semasa.”  Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021 akan dibayar pada 27 Julai, 2022.

Kumpulan itu menjangkakan prestasi yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang dijangkakan. “Kumpulan akan terus mengambil langkah berhemat untuk mengekalkan kecekapan operasi, kekal berdaya saing dan mencari peluang dalam mengembangkan perniagaannya.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.