Oleh Ritah Yahaya
13 Mei 2022, 08:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Banyak rakyat Malaysia yang membuat keputusan untuk melindungi diri mereka dan orang tersayang dengan meningkatkan kualiti udara di sekeliling, terutamanya di ruang kediaman mereka dengan melabur dalam produk penulen udara. Sesungguhnya Coway diyakini sebagai sebuah syarikat yang merintis kecanggihan teknologi penulenan udara.

Sejak kebelakangan ini, rangkaian penulenan udara Coway, termasuk LOMBOK III dan STORM memberi nafas baharu kepada isi rumah di Malaysia dengan penapis Udara Zarahan Kecekapan Tinggi (HEPA) mereka yang terbukti menghasilkan udara yang lebih bersih dan sihat berlandaskan teknologi terkini. Sebagai contohnya, LOMBOK III mengubah teknologi penulenan udara dengan sistem plasma RBD dan penapis pemangkin antibakteria yang membasmi virus bawaan udara, bakteria dan kulat hitam hingga 99.9%.

Pada tahun ini, Coway mencapai satu lagi kejayaan sebagai peneraju pasarannya yang terbukti dengan pengenalan penapis Double HEPA bagi penulenan udaranya. Perkembangan terbaharu ini menggabungkan penapis Double HEPA baharu Coway dengan lapisan antibakteria tambahan dan lapisan antikulat yang memberikan perlindungan berganda. Tambahan lagi, penapis ini boleh menyahaktifkan daripada habuk ultra halus dengan saiz zarah hingga 99.999% dan hingga 0.01μm.

Perkara yang paling menarik ialah kecekapan yang dicapai ini bukan hanya dari segi teori mahupun di atas kertas, tetapi terbukti secara saintifik dalam penyelidikan makmal di Korea Selatan bahawa penapis Double HEPA Coway mampu menyahaktifkan virus COVID-19 varian Omicron dan Koronavirus manusia hingga 99.999%, yang bukan sahaja meningkatkan perlindungan tetapi juga menawarkan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang, iaitu ketenangan fikiran.

Coway yang ditubuhkan pada 1989 merupakan peneraju pasaran dalam pembuatan dan pengedaran peralatan keperluan rumah moden, termasuklah produk utamanya, iaitu penulenan air dan udara yang dihasilkan di pusat penyelidikan dan pembangunan canggihnya di Universiti Kebangsaan Seoul di Korea Selatan.

Kini, Coway berusaha memastikan gaya hidup dan persekitaran penggunanya lebih indah dan lebih baik. Inilah yang menjadikan Coway terkenal di seluruh dunia. Selain diiktiraf kerana keprihatinannya menerusi rangkaian produk berkualiti tinggi, Coway juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang cemerlang dan modul perniagaan berasaskan sewa yang inovatif, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang benar-benar prihatin.

“Di Coway, kami sangat teruja dengan kejayaan baharu ini, yang akan menawarkan pelanggan kami dimensi serba baharu dalam teknologi penulenan udara. Selama ini, pengguna di seluruh dunia meyakini kelebihan produk Coway yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan mereka, dan kemajuan baharu ini membuktikan komitmen berterusan kami kepada mereka. Mereka akan menikmati ketenangan fikiran kerana mengetahui udara di sekeliling mereka benar-benar bersih dan tulen, hasil daripada penapis Double HEPA baharu kami, lantas memberikan Double HEPA-ness dan perlindungan mereka,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Semua penulen udara Coway STORM dan LOMBOK III baharu kini dilengkapi dengan teknologi Penapis Double HEPA Coway. Sementara itu, pengguna sedia ada bagi model tertentu LOMBOK I, II, III dan STORM boleh menaik taraf penulenan udara mereka dengan teknologi baharu ini mulai bulan September 2022.

Perkhidmatan nilai tambah ini disediakan secara percuma kepada semua pelanggan Coway yang membeli model penulenan udara Coway yang terpilih. Inilah masa terbaik untuk memanfaatkan teknologi penapis Double HEPA. Untuk maklumat lanjut mengenai penapis Double HEPA Coway, kunjungi bilik pameran Coway yang terdekat atau layari www.coway.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.