11 Mei 2022, 18:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan agar segera melaporkan pendapatan mereka yang layak dikenakan cukai untuk Tahun Taksiran 2021 selewat-lewatnya pada 15 Mei 2022 melalui e-Filing bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) bagi kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan ialah seperti yang berikut:

  1. BE- Individu Pemastautin – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  2. BT- Individu Pemastautin (PekerjaBerpengetahuan/Berkepakaran) – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  3. M- Individu Bukan Pemastautin – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  4. MT – Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  5. TF – Pertubuhan – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  6. TP – Harta Pusaka – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)
  7. TJ – Keluarga Sekutu Hindu – 30 April 2022 (telah tamat) 15 Mei 2022 (e-Filling)

Sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan yang berikut:

i. Bahasa Melayu:

https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf
ii. Bahasa Inggeris:

https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf

Sebagai makluman, hingga 30 April 2022, lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 diterima daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan. Daripada angka ini, sekitar 2.48 juta atau lebih 96% Borang Nyata Cukai diterima melalui kaedah e-Filing manakala selebihnya secara manual atau Borang Kertas.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.