10 Mei 2022, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75%. Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.
“BNM sedang meninjau, melihat dan meneliti dasar-dasar yang ada dan kita sedia maklum bahawa minggu ini akan diumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama yang dijangka lebih baik pertumbuhannya. “BNM perlu melihat dasar dengan lebih teliti sebelum membuat sebarang keputusan dan saya percaya keperluan untuk meningkatkan OPR itu ada.”
Jelasnya, antara perkara utama yang perlu difahami adalah apabila OPR perlu bergerak seiring dengan pergerakan ekonomi. “Apabila ekonomi lemah, terdapat keperluan untuk menurunkannya dan apabila ekonomi mula tunjuk tanda-tanda pemulihan, maka pihak BNM atau bank pusat akan menaikkannya.”Kalau kita lihat di Amerika Syarikat (AS), mereka bakal laksana dasar monetari yang begitu ketat dan bakal menaikkan kadar faedah mereka secara agresif.”
Menurutnya, itu antara perkara atau intipati menjadi penilaian dan pertimbangan yang mungkin akan memberi sedikit impak kepada sentimen pasaran serta bagaimana pihak BNM bakal mentadbir dasar OPR pada masa akan datang. BNM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa dijangka mengumumkan OPR baharu Malaysia pada Rabu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.