6 Mei 2022, 09:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah menyatakan bahawa Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) kekal berhati-hati terhadap kapasiti pengeluarannya di sebalik isu bekalan cip dan tekanan daripada peningkatan kos dalam industri kereta global. Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa pengeluar kereta nasional itu memperoleh bekalan cip bagi bulan Mei dan Jun, dan menjangkakan pemulihan pantas dalam beberapa bulan akan datang berikutan bulan yang sukar pada  bulan April.

“Keadaan masih tidak menentu sepanjang tahun ini dan industri kereta berada di bawah tekanan daripada peningkatan kos, namun syarikat sedang mengusahakan langkah untuk mengatasi isu ini bagi memastikan pelanggan kami mendapat produk dan nilai terbaik di Malaysia dan luar negara.” Walaupun usaha terbaik dilakukan untuk memulihkan kekurangan dalam pengeluaran pada suku pertama, tetapi bulan April terbukti menjadi satu lagi bulan yang mencabar kerana isu bekalan cip terus mengehadkan bilangan kereta yang dijual. 

“Selepas dua tahun jualan terjejas akibat pandemik, pasaran automotif Malaysia terus menunjukkan potensi pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2022, dibuktikan dengan senarai menunggu yang panjang untuk penghantaran kereta baharu. “Proton dengan sedaya upaya memenuhi permintaan pasaran, tetapi kami juga mesti mengakui yang kami paling terjejas oleh isu bekalan cip.” 
Jualan untuk bulan April merosot sebanyak 41% kepada 8839 unit berbanding dengan  setahun sebelum itu, dan turun 32 peratus berbanding bulan Mac. Jualan eksport bagi bulan April pula berjumlah 456 unit disebabkan oleh isu bekalan alat ganti. Jualan eksport tahun hingga kini berjumlah 1573 unit, meningkat sebanyak 109.7% berbanding dengan empat bulan pertama pada tahun 2021.
Pakistan merupakan pasaran eksport terbesar dengan 1050 unit, diikuti dengan Mesir sebanyak 172 dan Brunei sebanyak 138 unit.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.