29 April 2022, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kekal yakin Malaysia masih mampu membekalkan permintaan global bagi minyak sawit berikutan larangan Indonesia terhadap eksport komoditi itu bermula semalam.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula dan buruh asing mula masuk secara beransur-ansur.
“Kementerian juga telah meneruskan program biodiesel minyak sawit B20, sekarang kita berusaha meneruskan penggunaan biodiesel.” Pada hari Rabu lepas, Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto mengumumkan larangan eksport semua produk minyak sawit mulai 28 April 2022.

Produk itu ialah minyak sawit mentah, minyak sawit merah; olein sawit yang ditapis, diluntur, dinyahbau (RBD); efluen kilang sawit (POME) dan minyak masak terpakai untuk memastikan  dapat memenuhi keperluan domestik dalam persekitaran kenaikan harga.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.