Oleh Ritah Yahaya
26 April 2022, 13:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Melalui Mesyuarat Majlis Kewangan Negara kali ini, Kerajaan Persekutuan  menambahbaik Pemberian dan sokongan kepada negeri untuk tahun 2022, antaranya termasuklah:

i. Kerajaan Negeri diberi kelonggaran tambahan dalam                     penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyenggaraan     Jalan Negeri (Pemberian MARRIS) sebanyak RM5 bilion             untuk tahun 2022.

Peruntukan ini bagi membiayai kerja penyenggaraan, pembaikan, penggantian serta pengubahsuaian jalan, jambatan, longkang, pembentung dan cerun di jalan negeri yang rosak akibat banjir termasuk di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Persekutuan amat prihatin ke atas situasi yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri pascabanjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang lepas.

ii. Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengkaji semula               Pemberian MARRIS supaya peruntukan tersebut dapat                 dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui               memperluaskan lagi skop perbelanjaan MARRIS untuk                 merangkumi penyelenggaraan jalan seperti yang di bawah           Lembaga Kemajuan Pertanian.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan bersedia membuat pindaan garis panduan dan perundangan yang berkaitan untuk meluaskan skop penggunaan Pemberian MARRIS.

iii. Meningkatkan peruntukan pindahan fiskal ekologi                          (Ecological Fiscal Transfer – EFT) daripada RM70 juta                kepada RM100 juta sebagai insentif khusus kepada negeri-          negeri yang mewartakan kawasan baharu untuk dilindungi.

Insentif kewangan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri ini bertujuan meningkatkan usaha pemeliharaan serta pemuliharaan kawasan biodiversiti daratan dan marin, Kerajaan negeri akan diberi insentif kewangan.

iv. Caruman sebanyak RM330 juta dalam Kumpulan Wang                Rizab Negeri bagi membiayai Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan                 Hidup (Pemberian TAHAP).

v. Jawatankuasa akan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh        Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membuat semakan          semua formula pengiraan, kriteria dan kaedah pengagihan            bagi Pemberian TAHAP.

Hal ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan keperluan negeri masing-masing. Langkah ini bagi memperkukuhkan lagi momentum pemulihan ekonomi Keluarga Malaysia.

Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan Kerajaan Negeri sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

Hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada Kerajaan Negeri pada setiap tahun. Oleh hal yang demikian, Kerajaan Persekutuan berharap pemberian-pemberian ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, terutamanya dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terpelihara.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.