Oleh Ritah Yahaya
25 April 2022, 16:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kerajaan memperuntukkan tol percuma dan kadar diskaun di 30 buah lebuh raya di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pemberian diskaun tol ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.

Persetujuan dicapai selepas sesi rundingan bersama-sama 30 buah syarikat konsesi lebuh raya itu bakal membabitkan diskaun keseluruhan sebanyak RM77.11 juta untuk pengguna lebuh raya.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

“Tol percuma akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April ini hingga 1 Mei depan pukul 11:59 malamkepada semua kelas kenderaan,” kata beliau.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.