Oleh Ritah Yahaya
24 April 2022, 08:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program SE untuk anda (SE4U) melabuhkan tirainya pada hari ini setelah diadakan selama tiga hari dari 22 April 2022 yang lalu. Majlis penutup  program ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin HajiOmar.

 

Dato’ Suriani Dato’ Ahmad

Sepanjang tiga hari penganjuran Program SE4U yang diadakan di Lalaport, Bukit Bintang Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah Kementerian, rakan strategik dan usahawan sosial sedia ada. Acara kemuncak Program SE4U adalah pelancaran dokumen Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial (SEMy2030) yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 April 2022.

Pengisian program-program SE4U yang melibatkan khidmat nasihat dan fasilitasi keusahawanan, gallery walk SEMy2030, kursus dan seminar asas keusahawanan sosial, pocket talk, SE Hunt, pecha kucha, Fundamental Family Hour dan Pitch Ring  berjaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelbagai lapisan masyarakat termasuk bakal usahawan sosial mengenai lanskap keusahawanan sosial di Malaysia.

Majlis ini turut meraikan 80 penerima manfaat perusahaan sosial merangkumi Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan golongan B40 yang setiap mereka menerima sumbangan raya bernilai RM200.00 seorang. Semasa majlis penutup tersebut juga, Suriani menyerahkan Sijil Perusahaan Sosial Asas kepada 11 buah perusahaan sosial dan sijil tamat Kursus Asas Keusahawanan Sosial kepada 150 orang pelajar daripada lapan institusi pengajian tinggi (IPT).

Penganjuran SE4U ini merupakan titik permulaan kepada lebih banyak lagi pelaksanaan program dan inisiatif keusahawanan sosial pada masa akan datang selaras dengan aspirasi SEMy2030 untuk mengarus perdana perusahaan sosial dan menormalisasi impak sosial di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.