Kuala Lumpur –  Bloomberg melaporkan bahawa gergasi penstriman dunia, Netflix mengalami kejatuhan saham sebanyak 30%. Kejatuhan itu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat penstriman berpangkalan di Amerika Syarikat itu merudum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60% dalam prestasi tahunannya.