22 April 2022, 16:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – AmInvestment Bank Research menjangkakan pengeluar tepung termasuk Malayan Flour Mills Berhad akan menaikkan harga jualan produk mereka sebagai usaha mengurangkan kesan kenaikan harga gandum. Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa peningkatan pendapatan daripada jualan tepung adalah mencukupi untuk menampung kerugian yang dialami dalam bidang penternakan ayam dan itik.

Firma itu menambah bahawa segmen berkenaan dijangka terus mengalami kerugian pada suku kedua tahun ini akibat kenaikan harga makanan untuk haiwan ternakan. Harga siling bagi ayam ditetapkan pada RM8.90 sekilogram manakala RM6.50 untuk ayam hidup dan mengikut laporan Bloomberg, purata harga kacang soya Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 35% kepada AS$15.61 (RM66.95) bagi setiap gantang pada suku pertama tahun 2022 berbanding AS$11.56 (RM49.58) pada suku pertama tahun 2021.

Harga purata jagung AS meningkat sebanyak 42.8% kepada AS$6.71 (RM28.78) untuk satu gantang pada suku pertama tahun 2022 berbanding AS$4.70 (RM20.16) pada suku pertama tahun 2021.

“Kami percaya pendapatan Malayan Flour akan terus disumbangkan oleh penjualan tepung pada tahun ini. “Kami juga percaya bahagian penternakan Malayan Flour akan lebih banyak menjual bahagian-bahagian ayam kerana ia tidak tertakluk kepada harga siling yang ditetapkan. “Buat masa sekarang, pusat pemprosesan ayam mereka di Lumut beroperasi pada kadar 50% ke 60% berbanding 50%.”
Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa industri penternakan sedang dalam fasa pemulihan selepas permintaan terus meningkat daripada sektor hotel, restoran, kafe (HORECA). Bagaimanapun berlaku kekurangan bekalan sebanyak 30% akibat kekurangan tenaga pekerja, pemberhentian petani kontrak akibat kenaikan kos pengeluaran dan penyakit yang menyerang haiwan ternakan di wilayah selatan Malaysia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.