Oleh Ritah Yahaya
18 April 2022, 11:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Labuan – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini  menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelancaran ReDI adalah sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif pendigitalan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tahun 2020. ReDI  dilaksanakan di Putrajaya, Hulu Terengganu, Kapit Sarawak, Pulau Pangkor dan kini di WP Labuan.

ReDI di Labuan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan
Labuan dan rakan strategik daripada penyedia e-wallet, iaitu Maybank dan Boost bagi memastikan pemain industri sektor peruncitan sentiasa seiringan dengan perkembangan teknologi digital terutama dalam aspek pembayaran digital tanpa tunai dan tanpa sentuh. Inisiatif ReDI juga mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-
12 buah negara bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi di Fasa Peralihan Endemik ini.

Sejak tahun 2020, Kementerian berpandangan bahawa peniaga perlu didedahkan dan dibantu dalam proses digitalisasi perniagaan sekurangkurangnya melalui penggunaan e-wallet dan e-dagang.Tumpuan utama KPDNHEP  ketika ini adalah kepada peniaga pada peringkat mikro dan kecil supaya dapat menerima serta mengguna pakai teknologi e-dompet, terutamanya di kawasan luar bandar sebagai mod pembayaran utama.

Sehubungan dengan itu, bagi menyokong pelaksanaan program ini, KPDNHEP juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM26 000.00 menerusi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) dan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai insentif kebiasaan baharu kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai dan tanpa sentuh di Labuan ini.

KPDNHEP  juga menyambut baik program e-Pemula yang telah
diumumkan Kerajaan pada 10 April yang lalu khusus untuk golongan belia (IPT) sebanyak RM150 melalui kredit e-tunai melibatkan peruntukan berjumlah RM300 juta. Program ini dijangka akan melonjakkan lagi penggunaan e-dompet, termasuklah memberikan impak secara terus kepada penerima
dan peniaga yang telah berdaftar melalui program ReDI .

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.