17 April 2022, 08:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan kompaun maksimum terhadap Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik), ketua pegawai eksekutif, pengarah eksekutif, dan dua orang pegawai sebanyak RM3 juta setiap seorang.
SC  memaklumkan bahawa  itu merupakan kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana mengemukakan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.
“Ini berikutan keputusan Pendakwa Raya menerima representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berkenaan pertuduhan yang belum diselesaikan di mahkamah. “Serba Dinamik dan individu terbabit telah dikenakan pertuduhan kerana mengemukakan penyata palsu tersebut kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada 26 Februari 2021. “Ia berhubung dengan angka hasil sebanyak RM6.014 bilion yang terkandung dalam Laporan Suku Tahun bagi Keputusan Disatukan bagi Suku Tahun dan Tahun berakhir 31 Disember 2020.” jelas suruhanjaya itu.

SC menambah individu terbabit ialah Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr. Mohd Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan; Azhan Azmi dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan; Muhammad Hafiz Othman. Muhammad Hafiz juga telah dikompaun tambahan RM1 juta, saman maksimum yang dibenarkan kerana memalsukan rekod perakaunan syarikat subsidiari Serba Dinamik Sdn Bhd, satu kesalahan di bawah seksyen 368(1)(b)(i) CMSA.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.