15 April 2022, 08:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sepang – Cabang logistik AirAsia digital dan penyedia perkhidmatan kargo penuh, Teleport memperkukuh posisinya di rantau ini dengan menawarkan lima perkhidmatan kargo khusus. Perkhidmatan itu termasuk Teleport Charter, Teleport Priority, Teleport Pharma, Teleport Fresh dan Teleport Live.
Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz menyatakan bahawa perkhidmatan tersebut akan memberikan pelanggan kemudahan dengan servis meluas, berkualiti tinggi dan memenuhi setiap keperluan penghantaran. “Dengan pengenalan terhadap perkhidmatan kargo khusus ini, kami ingin menawarkan para pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan kargo khusus yang sepadan servis dan berkualiti tinggi secara konsisten.

“Selari dengan pelancaran perkhidmatan kargo khusus kami, Teleport mampu menawarkan hubungan yang lebih luas ke serata enam syarikat penerbangan di bawah AirAsia melalui rangkaian penumpang kami dan rangkaian kargo sahaja yang meliputi 130 destinasi. “Kesemua rangkaian ini memperkukuh lagi pertumbuhan kami dan misi menghantar dengan lebih baik ke seluruh Asia Tenggara.” Beliau berkata demikian pada Pelancaran Perkhidmatan Kargo Khusus bersama media dekat Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2).
Mengulas lanjut,  Teleport Charter merupakan perkhidmatan versatil yang boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan, manakala Teleport Priority memfokuskan penghantaran kargo penting dengan jaminan penerbangan. “Selain itu, Teleport Pharma meliputi penghantaran barangan farmaseutikal dilengkapi pengawalan dan penjagaan suhu sebelum, semasa dan selepas penerbangan. “Teleport Fresh pula membolehkan pelanggan mengirim barangan mudah rosak tanpa masalah dan Teleport Live menawarkan penghantaran melibatkan haiwan hidup.”
Teleport kini mempunyai liputan meluas di serata Asia Tenggara dan lain-lain yang merangkumi lebih 130 bandar dengan akses ke-252 kapal terbang bagi kedua-dua penerbangan; kargo sahaja dan penumpang. “Tambahan, dalam misi menjadi penyedia perkhidmatan kargo penuh, syarikat logistik kami menawarkan 1 Air Waybill (AWB).
“Ini bagi memastikan perhubungan tanpa masalah dalam menghantar kargo melalui beberapa pelabuhan dan penerbangan.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.