15 April 2022, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Syarikat teknologi kewangan tempatan (fintech) BigPay telah dipilih oleh kerajaan untuk menjadi antara rakan kongsi e-dompet rasmi untuk inisiatif ePemula.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Salim Dhanani menyatakan bahawa pengguna BigPay boleh menuntut kredit RM150 mereka di peniaga luar talian (offline) melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR selain mempunyai akses kepada rangkaian penuh perkhidmatan kewangan yang tersedia di platform.

BigPay kekal komited terhadap misinya untuk memacu kesejahteraan kewangan dalam kalangan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan melalui penyertaannya dalam ePemula. “Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ePemula untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai oleh pengguna dan peniaga serta pada masa yang sama, membantu pemulihan pasca-COVID-19 Malaysia. “Pandemik ini telah menunjukkan bahawa pembayaran digital tidak boleh dinafikan lagi adalah jalan ke hadapan dan merupakan penggerak yang hebat untuk menggalakkan golongan muda Malaysia menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital.” 

BigPay juga akan memberi ganjaran kepada pengguna ePemulanya dengan tawaran termasuk baucar sehingga RM1,500 daripada airasia, airasia Academy dan Zalora serta pulangan tunai tanpa had daripada peniaga rakan kongsi terpilih, yang digerakkan oleh Pulse iD. Syarikat fintech itu menambah cara itu satu-satunya bahagian pemain e-dompet ePemula yang menyediakan kad yang boleh digunakan di lebih 46 juta peniaga di Malaysia dalam talian dan luar talian. Pengguna yang layak boleh menuntut RM150 mereka mulai hari ini hingga 1 Jun.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.