Oleh Ritah Yahaya
14 April 2022, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya  – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  melakukan serbuan ke atas tiga premis berasingan yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah di Klang, Selangor yang menjual alat teknologi penstriman (android box) pada 11 April 2022.

Serbuan yang bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan kekuatan sebanyak 15 anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil maklumat pemilik hak cipta yang berkaitan serta risikan yang dilakukan oleh pihak KPDNHEP selama dua minggu.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tiga premis terbabit, pihak
KPDNHEP telah merampas sebanyak 25 unit alat teknologi penstriman berserta dokumen yang berkaitan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 8,567.00.

Pasukan serbuan juga  bertindak menahan sebanyak tiga  orang lelaki warganegara tempatan berumur antara 39 tahun hingga 44 tahun untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987, iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual teknologi penstriman.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang
daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200 000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

KPDNHEP  menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu. Akta ini memberikan penekanan dalam usaha membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital. Antara perubahan besar dalam pindaan ini adalah peruntukan baharu
di bawah seksyen 43AA yang memperuntukan kesalahan berhubung dengan penggunaan teknologi penstriman yang melanggar hak cipta dan peruntukan di bawah perenggan 41(1)(k), iaitu kesalahan menyediakan atau berkongsi akses apa-apa karya atau salinan karya tanpa kebenaran secaradalam talian.

KPDNHEP ingin mengingatkan  semua peniaga supaya tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini dan tindakan
penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan akan dilakukan oleh KPDNHEP kerana alat teknologi penstriman ini berupaya melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.