12 April 2022, 07:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Urus niaga dalam sekuriti Scomi Group Bhd akan digantung berkuat kuasa 20 April dan sekuriti Scomi akan dinyahsenarai menjelang 22 April melainkan kumpulan itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia.
Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menyatakan bahawa rayuan itu perlu dihantar pada atau sebelum 18 April (jangka masa rayuan) dan apa-apa rayuan yang dikemukakan selepas jangka masa tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa Malaysia.
“Bursa Malaysia telah menolak permohonan Scomi untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penstrukturan semula.” Menurut Scomi lagi, sekiranya syarikat itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia dalam tempoh rayuan, tindakan nyahsenarai sekuriti syarikat itu daripada senarai rasmi Bursa Malaysia pada 22 April akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan mengenai rayuan syarikat.

Bagaimanapun, Bursa Malaysia akan meneruskan penggantungan urus niaga sekuriti Scomi pada 20 April walaupun keputusan mengenai rayuan syarikat masih belum selesai.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.