Diterbitkan pada 6 September 2021, 11:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
BKC tumpu kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menyambut baik hasrat kerajaan dalam usaha menghentikan rantaian wabak COVID-19. Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dilaksanakan kepada golongan yang terkesan, seperti miskin tegar, B40 dan M40.

Proses pengkreditan BKC bagi Fasa 1 untuk kategori B40 akan bermula secara berperingkat pada hari ini, 6 September 2021, dan kategori M40 pula pada 9 September 2021.

MoF menyarankan golongan yang terkesan agar membuat semakan terlebih dahulu berkaitan dengan syarat kelayakan dan jadual pembayaran BKC.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi