Diterbitkan pada 2 Jun 2024, 14:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pelantikan Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid sebagai penolong gabenor yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2024.

Menurut BNM, Mohamad Ali Iqbal akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan serta Jabatan Dasar Pertukaran Asing.

Beliau memulakan kerjaya di BNM pada tahun 2002 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan di BNM termasuk Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pejabat Gabenor, Jabatan Antarabangsa serta Ketua Pejabat Perwakilan BNM di New York dan London.

“Beliau merupakan memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Massachusetts Institute of Technology, Sarjana Sains dalam bidang pengurusan aset daripada Singapore Management University dan Sarjana Kejuruteraan daripada University of Durham, United Kingdom,” kata BNM dalam satu kenyataan baru-baru ini.

BNM berkata, beliau juga ditauliahkan sebagai Chartered Financial Analyst (CFA) dan Chartered Banker (CB) daripada Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Tambah BNM, beliau akan mengambil alih tanggungjawab daripada Timbalan Gabenor Encik Adnan Zaylani Mohamad Zahid yang telah dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 1 September 2023.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi