Diterbitkan pada 14 Mei 2024, 21:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan bagi proses terimaan bayaran cukai untuk memastikan pengendalian instrumen bayaran dapat dilaksanakan dengan lebih teratur khususnya bayaran cukai beramaun tinggi. HASiL juga menyokong saranan pihak kerajaan untuk memperkasa bayaran secara dalam talian bagi semua terimaan berkaitan urusan kerajaan.

Kaedah bayaran menerusi FPX boleh dilakukan di Portal Rasmi HASiL (ByrHASiL). Bayaran cukai juga boleh dilakukan menerusi kaedah Telegrafik Transfer (TT)/ Pindahan Dana Elektronik (EFT)/Interbank GIRO (IBG)/RENTAS/DUITNOW dengan menggunakan nombor Virtual Account (VA) yang dijana melalui sistem e-TT.

Sistem e-TT telah diperkenalkan bermula 1 April 2022 bagi bayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, bayaran kompaun dan cukai pegangan melalui kaedah pindahan telegrafik (Telegraphic Transfer), pindahan dana elektronik (EFT) dan pindahan dana antara bank (IBG)/RENTAS/DUITNOW dari dalam dan luar negara.

Pembayar cukai yang ingin membuat bayaran cukai menerusi kaedah TT/EFT dan IBG/RENTAS/DUITNOW dari dalam dan luar negara perlu mengakses sistem e-TT.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi