Diterbitkan pada 10 Januari 2024, 23:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kredit jurufoto: Khairul Azhar Baharuddin

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk merasmikan Menara Merdeka 118. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda. Menara Merdeka 118 itu dimiliki oleh PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 berjumlah lebih RM3.5 bilion dan dijangka memberi kesan positif terhadap negara dari segi aktiviti komersial dan pelancongan.

Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu merupakan menara yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter). Menara ini mendapat sentuhan pereka yang terkenal, iaitu Fender Katsalidis.

Menara Merdeka 118.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi